''hidup tu sebijik macam MULUT..bila orang tu RAJIN gosok gigi, so mulut dia wangi..kalau PEMALAS, busuk la..takkan wangi kott...''

Sunday, March 20, 2011

ROMANTIKNYA MEREKA.. ^__^

DIARI CINTA PENGANTIN BARU


Detik demi detik, terlalu pantas masa berlalu. Ditinggal jauh hari2 semalam dan selamanya takkan berulang. Walau masih rasa tak bersedia, namun tak upaya mengundur masa. Tiba jua hari bahagia. Hari pernikahanku. Debaranku kuat terasa. Masakan tidak, aku akan menjalani kehidupan baru bersamanya, insan asing bagiku namun bakal menjadi insan yang paling dekat. Aku hanya punyai keyakinan terhadap agamanya.


Saat diijabkabulkanm itulah kali pertama aku dan dia saling mendengar suara. Bergetar seluruh perasaan. Tak dapat digambarkan. Mata sesekali sudah berani mencuri pandang. Sekilas cuma. Tidak lebih daripada itu. Malu.
Masjid itu menjadi saksi terucapnya lafaz keramat yang mengikat hubungan suami isteri antara kami.

''HAMBA TERIMA NIKAHNYA DENGAN MAS KAHWIN RM84 TUNAI''


Lafaz itu sungguh luar biasa. Sebaik sahaja ia dilafazkan, automatik hatiku diselubungi rasa cinta dan kian bergelora, yang tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Mungkin inilah permulaan barakah Allah SWT janjikan buat ikatan yang terpelihara. Ajaran Islam itu sangat indah dan apabila dipraktikkan, melahirkan sesuatu yang indah pula. Majlis akad itu diteruskandengan majlis walimah yang sederhana, memenuhi tuntutan sunnah Rasulullah SAW. Kukecapi nikmat bahagia..


INDAHNYA MALU DI MALAM PERTAMA.


Usai solat sunat pengantin baru bersama-sama, aku menyalaminya. Berdetar hebat seluruh jiwa saat pertama kali dahiku dikucup suami. Indahnya! Pastinya takkan kunikmati getaran seindah ini andai telah terbiasa bersentuhan sebelum bernikah lagi. Indahnya syariat Tuhan yang mengatur kehidupan.


''Subhanallah! Masyaallah! Ini amanah abang!'' ungkap suamiku memberi reaksi yang membiaskan sikap sangat bertanggungjawabnya terhadap amanah yang kini digalas, sekaligus mengingatkanku kepada pesanan Rasulullah SAW kepada kaum suami dalam haji terakhir bermaksud:
''bertakwalah kalian kepada ALLAH dalam mengurus dua orang yang lemah, wanita dan khadam.''


Perkataan 'amanah' yang diungkapkan membuatkan aku berasa selamat dalam perlindungannya.


Berada dihadapannya, insan asing yang kini bernama suami, aku malu dan amat janggal sekali. Segala gerak-geri yang perlu kulakukan semuanya terasa kekok dan serba tak kena. Nak membuka tudung kepala pun jadi teragak-agak namun kukuatkan hati untuk tampil secantikkanya. Mungkin menyedari kegusaran diri ini, dia menghiburkan hatiku dengan panggilan SAYANG dan kata-kata manis.


''Subhanallah. Cantik isteri Abang. Abang cuma harapkan yang beragama, tak sangka Allah beri kedua-duanya, cantik dan beragama.''


Memang isteri mudah terhibur dengan pujian suami. Aku bersyukur dia menerimaku seadanya. Lantaran malu, aku berlalu ke dapur untuk membancuh segelas susu. Dicampuri madu. Kubawakan minuman itu kepadanya sedang perasaan maluku masih tetap menebal juga.


''Abang, jemput minum. Er, sebelum tu, Sayang ada permintaan.''
ujarku yang agak kekok mewakilkan diri dengan kata ganti nama diri yang baru ini.


''Apa dia Sayang?''


''Boleh Sayang tutup lampu? Minum dalam gelap lebih romantik.''pintaku. Suamiku tersenyum dan mengizinkan. Sangkaannya, aku akan menutup lampu utama dan membuka lampu tidur, namun tak begitu. Kami minum dalam keadaan gelap gelita. Lampu tidur pun tidak kubuka. Tahulah suamiku aku mash sangat malu. Bijak dia membaca bicara hatiku. Dia mencurahkan kasih-sayangnya agar kemesraan dan keserasian pantas tercipta. Aku benar-benar jadi jatuh cinta.


BERISTERI LEBIH TUA dan BERSAIZ XXL??


Aku membelek-belek sepasang jubah hantaran yang dihadiahkan oleh suamiku. Cantik. Cuma, saiznya XXL. sedangkan aku biasanya mengenakan pakaian bersaiz S atau M saja. Tak padan, terlalu besar untukku. Memerhatikan gelagatku mencuba jubah pemberiannya, suami datang menghampiri.


''Sayang, maaf ye. Kata kakak abang, Sayang nampak berisi pada hari pertunangan kita dulu. Abang memang tak pandang langsung Sayang waktu tu. Sebab tu, Abang ingat Sayang ni gemuk. Tak sangka isteri Abang ni tak gemuk langsung. Kurus saja.'' cerita suamiku.


Aku ketawa lalu mengujinya, ''Waktu tu, Abang tak kisah bakal isteri Abang gemuk?''


''Yang penting agama. Faktor lain semua tak jadi masaalah.''
Jawapan itu membuatkan aku tambah kagum terhadapnya, mengingatkanku satu hadis yang bermaksud:
*''sesiapa saja yang menikahi wanita kerana kemuliaan status sosialnya, maka ALLAH tidak akan menambahkan kepadanya selain kehinaan.
*sesiapa saja yang menikahi wanita kerana hartanya, maka ALLAH tidak akan menambah baginya selain kefakiran.
*sesiapa saja yang menikahi wanita kerana kedudukannya, maka ALLAH tidak akan menambah kepadanya selain kerendahan.
*sesiapa saja yang menikahi wanita bukan kerana hal yang lain, kecuali agar menjaga pandangan matanya, dan kemaluannyaterpelihara, atau untuk tujuan menyambung silaturrahim, maka ALLAH akan memberkati pernikahannya dengan wanita itu dan wanita itu beroleh berkat pula kerana dipersunting olehnya.''


Suamiku bersuara lagi dengan persoalan yang agak memeranjatkan.


Katanya,''Sayang tahu tak, Abang ingat umur Sayang ni lebih tua beberapa tahun daripada umur Abang. Rupanya Abang lebih tua dari Sayang.''
''Kenapa Abang ingat begitu?''
''Ada orang tersilap beritahu.''
''Kalau Sayang lebih tua, Abang tak kisah?''
''Yang penting agama..''


Sekali lagi terbit kekaguman di hati. Begitu pasrah hatinya dalam menghayati agama.


TU ADELAH SECEBIS DARI KISAH MEREKA DALAM NOVEL PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH dan RASULULLAH..


BELILAH, KORANG TAKKAN RUGI..HARGA RM 12.00.. :)
BELI TUK TAHU SELANJUTNYA CERITA MEREKA..  
Bye2..assalamualaikum peeps..  ^____^

5 comments:

Fey Lee said...

:')

kimmyadestory said...

sgt SUCI ye!!! huishh,, zaman skrg nii ade ke yg mcm nii??

~ abil CUMA ~ said...

fey...nak aku belikan tak??huhu

kimmy...ade2, diorang tu la..next aku..bley??hehehe

mimimemo said...

pemilik cinta?? em...menarik..keluaran ape ye?sape publisher novel ni?

~ abil CUMA ~ said...

buku ni bawah label TELAGA BIRU..
pnulis dye fatimah syarha.. :)