''hidup tu sebijik macam MULUT..bila orang tu RAJIN gosok gigi, so mulut dia wangi..kalau PEMALAS, busuk la..takkan wangi kott...''

Sunday, March 6, 2011

masuklah syurga kerana RAHMAT ALLAH..

assalamualaikum warahmatullah..
salam ke atas kamu dan semoga ALLAH meberi keselamatan dan rahmat kesejahteraan hendaknya..


mah2 kite mulekan pembacaan(bagi korang) dan pengarangan( aku la ) dengan 
SALAWAT keatas NABI MUHAMMAD SAW..
 





okay, today i would like to share with u ollz bla bla bla...
hahaha...mentang2 baru amik kelas public speaking, terus nak 
mengapply kat sini plak..hahaha..


hari aku rase cam nak kongsi ngan korang pasal ceramah majlis maulidur rasul 
yang telah sempurna dijayakan kat kampung aku..
majlis dye serius ringkas, tapi penuh makna..


pade malam yang ditetapkan, aku telah membawa omak tersayang merempit
neik motor tanpa lampu(hanya menggunakn signal sebagai tande ade orang atas moto) nyiahahaha..
berbekalkan moto tuh, selamat gak aku smpai kat dewan yang kire2 selang berape umah jek dari umah aku..
tapi tak boleh jalan kaki..hanjeng banyak woo..ade plak yang lutut berlobang2 kang..naye jek..
sampai jek kat dewan tuh, ahli2 jwatankuasa majlis telah memberi para jemaah sebungkus makanan..
wuuu baru smpai jek dah dpat nasik lemak kan..dah la belum makan lagi..
ade yang duk kembang kempis idung bau nasik lemak..
pastu merungut bile lah nak abes ceramah ni..hahaha


ceramah tuh telah disampaikan oleh USTAZ HANAFI..
diimport dari JOHOR BAHRU...
malam tu aku tak pastilah ape tajuk ceramah tuh sbnarnye..
aku tak dengar ke ustaz mmg tak ckap..
mungkin aku tak psan kot.sebab duk asyik tgok semut2 kat atas lantai..
mak aku cakap, semut pon nak dengar ceramah agama..
tapi klau yang tua2 tak sedar diri tuh tak nak dengar, tak tau la nak ckap gapo..


kalau kita jenis yang bnyak membaca mengenai agame,
mesti kite pernah dgar atau baca buku yang telah dikarang oleh orang bukan ISLAM
yang mengkaji mengenai 100 tokoh paling berpengaruh sepanjang masa..
dan yang menjadi TOP, nombor satu adelah RASULULLAH SAW..
penulis buku ini yang bernama MICHAEL H. HART telah menjadikan BAGINDA 
sebagai yang utama kerana beliau mendapati tiada seorang pun 
tokoh2 selain nabi MUHAMMAD yang manusia masih menceritakan perihal 
kelahiran nya, semasa hidupnya, juga selepas matinya dari hari ke hari..
dari hujung dunia ke hujung satunya..
yang manusia masih menghormati tarikh kelahirannya,
mengamalkan perbuatannya dan mentaati seruannya ke arah ALLAH..
hanya MUHAMMAD yang dapat berbuat demikian..


ISLAM sampai ke MALAYSIA, alhamdulillah..
kalau tak, mungkin aku bukan dilahirkan dlam keluarga ISLAM..
banyak sunnah telah dismpaikan..tetapi masih bnyak juga yang masih belum
kebanyak orang ketahui..ini disebabkan NABI MUHAMMAD SAW 
hidup dalam kontek bersahabat..sahabat2 baginda sahaja seramai 11538 orang..
jadi segala perlakuannya diperhati sahabatnya..
dari belakang, depan serta tepi..


baginda berkata, hidup mestilah bersaudara( berkawan ) ...
kawanlah yang membantu kita berjaya..melengkap hidup sebagai perantau di rijal..
 seorang sahabat pernah bertanya RASULULLAH..
'bolehkan aku masuk syurga dengan hanya melakukan perkara yang wajib saje?'
baginda berkata BOLEH..
'boleh kah aku masuk syurga dengan melakukan yang rukun sahaja?'
baginda berkata BOLEH..
tetapI pertnyaan ini dibuat oleh seorang masyarakat BADWI 
yang hidup masih bnyak dengan kejahilan dan berpindah randah..
jawapan baginda sesuai untuk keadaan mereka ketika itu..
bukan untuk umat ISLAM sekarang ni, yang bnyak ketahui tentang amalan2 sunat
tetapi tetap malas nak buat.. 


nak diceritakan..nabi MUHAMMAD SAW menceritakan, nanti akan ade seorang 
hamba yang telah hidup lebih 500 tahun..
beliau sentiasa melakukan ibadah kepada ALLAH..dan dihisab di akhirat..
beliau yakin beliau akan masuk syurga..then ALLAH menyuruhnya masuk syurga dengan sebab
RAMHAT darinya..tapi manusia itu menolak..dia berkata yang dia nak masuk syurga atas sebab 
amal ibadahnye yang banyak..tetapi ALLAH tetap menyuruhnya masuh syurga seban nikmatnye,
smpai lah tiga kali ALLAH menyuruhnye, tapi dia masih sombong dan tidak mahu..
(ape lah susah sgat kan..dan ALLAH suro masuk, masuk jelah..nak bnyak songeh lak)
lepas tu ALLAH menyuruh manusia tersebut untuk membandingkan amal ibadahnya selama 500 tahun
dengan sedikit nikmat yang ALLAH telah beri semasa hidupnya..ALLAH telah mengarahkan malaikat untuk 
membawa penimbang untuk diukur timbangan berat nya..
nyata, nikmat mempunyai SEBELAH MATA pun jauh lebih berat dari berat amalannya 500 tahun beribadah..
lalu masuklah manusia tersebut kedalam neraka, kerana dia telah tidak menghargai NIKMAT yang ALLAH bagi..naudzubillah..
sebab tu lah rakan2, entry sebelum nie telah aku bagi satu ptong doa yang patut kita amalkan..
iaitu tuk jadi manusia yang mensyukuri nikmat ALLAH..


dalam ceramah itu juga, ustaz HANAFI ade menyatakan supaya kite sering membaca 
SURAH WALQIAH yang kalau diamalkan dapat menjadi pemurah rezeki..
surah ini juga telah mnggambarkan suasana syurga dan neraka..
moga2 dapat jadi peringatan kepada semua.. :)


DOA YANG MAKSUM adelah doa yang bersumberkan AL QURAN..
yang dibacakan dalam tulisan arab..hal ini kerana doa ini sgat PERFECT..
berbanding kita mintak dalam bhasa melayu..dan bhasa lain2 jgak la..haha


contohnya, seorang hamba telah pergi mnunaikan haji..
sesampainye di depan kaabah, dia telah meminta agr ALLAH memberinya jodoh segera..
depan kaabah biasanya doa dimakbulkan, begitu juga doa gadis itu..
dengan segera ramai yang memintanya untuk bernikah,,tapi malangnya, semua nya laki orang..hahaha
nampk tak mcam mane bende tu berlaku..ALLAH telah makbulkan doa sebagaimana 
yang gadis tu mintak..segera kan??huhu..
islam telah mengajar doa2 tuk pertemu jodoh..contoh..


1.Doa mendapatkan jodoh

"Rabbana hablana min azwaajina, wa dzurriyyatina qurrata a'yuniw, waj'alna lil muttaqiena imaamaa."

Artinya:
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami jodoh [2] kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang2 yang bertakwa." (QS 25:74)



2. Doa bagi wanita yang berharap jodoh :

“ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJAN THOYYIBAN WAYAKUUNA SHOOHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”.

Artinya:
“Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat”.



3. Doa bagi laki2 yang berharap jodoh :

“ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJATAN THOYYIBAH AKHTUBUHA WA ATAZAWWAJ BIHA WATAKUNA SHOOHIBATAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”.

Artinya:
“Ya Robb, berikanlah kepadaku istri yang terbaik dari sisi-Mu, istri yang aku lamar dan nikahi dan istri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat”



4. “ROBBANAA HABLANAA MIN AZWAAJINAA WADZURRIYYAATINAA QURROTA A’YUN WAJ ‘ALNAA LIL MUTTAQIINA IMAAMAA”.

Artinya:
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri2 kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang2 yang bertakwa”. (Q.S. 25 : 74)



tup tup..mase dua jam pun berlalu..
ustaz minta izin untuk menamatkan ceramah..
belum ustaz turun dari pentas, dah ade dgar kerusi2 kat blakang..
bile toleh, pakcik2 keluar dewan dulu sblum ustaz pijak tgga terakhir pentas..
pakcik2 pun bau2 nasi lemak di tangan..tak tahan kot..haha
takpe lah pakcik, asalkan pakcik dapat ilmu tadi kan...same2 kite perbaiki.. :)


akir kata, kita tak dpat masuk syurga dengan ibadah2 kita
melainkan ALLAH melimpahkan rahmat untuk kita masuk syurga..
insyaALLAH termasuk kita..amin.. 


maaf la, entry ni tak bnyak sgat input yg dpat aku kongsi..
tapi aku harap ia still membantu kita k..
sekian dari abil... wasalam.. :)





4 comments:

우미양 said...

so abil,, klau nak doa,, kna specific gitu?

~ abil CUMA ~ said...

seeloknye... :)

gurucyber said...

uiks .. panjang nyer post ... walaupun agak pedih mata nak baca sampai abis .. namun ia sangat bermakna .. tq TT .. nice post

~ abil CUMA ~ said...

alhamdulillah klau dpat mmbantu.. ;)