''hidup tu sebijik macam MULUT..bila orang tu RAJIN gosok gigi, so mulut dia wangi..kalau PEMALAS, busuk la..takkan wangi kott...''

Iblis: aku merasa hairan dengan manusia, mereka mencintai Allah tetapi mereka melakukan maksiat kepadaNya. Mereka membenciku, tetapi mereka menurutiku

“Don't cry because it's over, smile because it happened.”

“You only live once, but if you do it right, once is enough.”

“Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend.”

"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

Friday, April 8, 2011

-BERITAHU PADA MUSLIMAH-



Beritahu pada muslimah itu 
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris, 
dihantuk serpih, 
dihempap berkecai. 

Beritahu pada muslimah itu 
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula, 
cakap sombong mengundang lawan, 
hati-hati meluah kata, 
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa. 

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku; 
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu, 
sesekali tersilap langkah, 
akan dihukum selamanya, 
keturunan dicerca payah, 
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu 
jaga pakaian;
ia cermin peribadi, 
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun, 
biar orang kenal...Dia orang ISLAM. 

Beritahu pada muslimah itu 
simpan secebis malu; 
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...

"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan"

Thursday, April 7, 2011

TYPES OF MATERIAL

HOT LACEY MALEY
TP970


HIGH QUALITY CHIFFON
TP145



HIGH QUALITY LYCRA
TP435



HIGH QUALITY SATINNE
TP965



HQ ENGLISH COTTON
TP589



DENIME
TP839



FLOWY YOYO
TP688



                                       



tangan bau ikan, mulut bau LONGKANG...

assalamualaikum para penggemar belog abil sekalian..
perghh ayat blagak cam folower beriban...haha
ouhh pelishhh...

okay today's lesson is about mulut longkang..
you know what is mulot longkang??
mulut longkang nie aku kategorikan sebagai mulut jahat..
busuk dengan kata2 kesat...keje nye asik kluarkan nada2 mencarut tahap berat...

yang aku nak sentuh kat sini,
''tangan bau ikan, mulut bau longkang..''
''pergi dapor siang ikan, mulut mencarut2..''
SPECIALL UNTUK KAUM HAWA..

paham2 la, kaum hawa kini banyak buat kesilapan...
kaum adam pon banyak jugak, tapi kelihatan buruk benar
bile perempuan yang buat kesilapan tu..
paham kan??

wahai wanita2 UMNO, PAS, PKR dan sebagainya,
mulut kita cantik kan??bibir kita menawan kan??
tapi kenapa ade segelintir kawan2 kita suke benar mencarut2...
kalau stakat 'sengal' 'bengong' bley consider lgi...
ni sampai tahap kritikal cair taik telinga orang mendengar..

*WHAT THE FU*K...
*B*D0HH!! ...
*B*BI !!
*PU*D*K !!
*PUK*MA*!!

dll

AISEHH, aku taip pon berdesing telinga...
ape prasaan mencarut2 ekk??
nikmat kahh?? ...
ouh pehlishh la, pakai dah cantik2...
tudung dah labuh tutup dada, tapi mulut kurengg!!

wanita itu dilahirkan sinonim dengan sikap lemah lembut, sopan budi bicara,
bukan menggoda okayyy...jangan liuk lentuk suare ala2 miss mak nyah pulekk...
meremang pulak bulu roma lelaki dengar, tak pasal2 bernanah telinga...haha
so, bercakaplah elok2..kan suwiitt...

aku tak dpat byangkan macam mane perempuan suke mencarut marah2 selepas kahwin..
''kenapa buat sepah nie, abang nie BAB* lahh!! "  ????   kann, kne sebijik...haha
 naya lelaki dye..parah2..

so ape lagi girls yang terbabit tu, meh kite ubah diri kite pelan2...
tukar lah nickname mncarut tu kpada yg lbih elok sikit...
WHAT THE FISH ke..BERTUAH ke..kan kiutt sikit tu..maksud pon tak lucah..

kadang2 anggota kemaluan jugak yg dicanang2 sebagai bahasa mulut,
malu aku dengar.. ape reaksi mak bapak kita kalau dengar kita mencarutt?..
mungkin mereka akan rasa mereka gagal mendidik anak dengan baik...
plis letak diri anda di tempat mereka..hancur hati mereka..kuciwa2...

tolong jangan timbulkan isu diskriminasi pasal nie..
dok bergaduh kenapa lelaki marah perempuan mencarut, sedangkan mereka sendiri
mencarut.. bagi aku, lelaki punya hak untuk menegur, mereka ketua kita kawan2..
ape yang mereka tegur tu ade hikmah dan kebaikannya..
jangan timbulkan isu hak sama rata antara lelaki dan perempuan..
Tuhan ciptakan hidup untuk ADAM dan HAWA hanya sebagai peneman...
mereka adelah hero, tapi kita bukan heroin..
paham2kan lah...
jangan kite yang watak sampingan nie megah diri nak jadi hero..
ALLAH sudah tetapkan sejak azali lagi...

kita punya hati lembut wahai wanita...
hati kita tak sekeras hati lelaki, hati kita mudah dilentur..
jadi, kita ambillah pengajaran dengan hati yang terbuka..
jangan tegas2 nak tegakkan pendirian yang salah tu..jangan ego..
jadilah muslimah yang baik untuk muslimin...

ALLAH  tidak suka kita bercakap buruk dan keji..

- "Diriwayatkan bahawa orang yang keji percakapannya dan suka menyebarkan kekejian akan didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk anjing atau dalam usus anjing".



"Syurga adalah haram dimasuki oleh orang yang keji percakapannya" (Ibnu Abi al-Dunya dan Abu Naim); 


 "Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata yang keji, kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian" (al-Hakim dan Ibnu Hibban);


- Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau dia diam.” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

kesimpulannya LELAKI atau PEREMPUAN mesti menjaga percakapan...sebab ALLAH menjanjikan balsan yang baik kepada orang yang mengerjakan suruhanNYA...

sile lihat bagaimana budak sekecil ini berkata2 kesat..
kalau akulah mak dye, aku menagis tengok akhlak dia..
ambil sebagai pengajaran, bukan untuk mengaibkan..


lihat juga video harapan kaum adam kepada hawa...
suwiiitt...sangat...hehe



sekian dari abill...selamat beramal...

peace no war...  yayy

Wednesday, April 6, 2011

jangan telanjang di merata-rata...

assalamualaikum hangpa2 sekalian...
huyoo ngantok sehh...
laporr plak tuh..baru bangun tidoq, terus terniat nak post satu entry..
sudah menjadi kebiasaan post entry kat tyme2 banyak syaiton ni rojim nie..nyiahaha


entry ini hanya sesuai untuk kaum wanita..
yang lelaki tak payoh baco pon tak ngapo..baca pon elok..
yang ANU DALAM BOTOL aku rasa lagi patott baco..hahaha


okayy kite masuk fasa SERIUS dan STRET TO DE POINT!


berhijab...bertudung litup, bukan sperti mak2 datin tua tak sedor diri yang pakai tudung jambul terlepas dari kawasan tu okeh..tu memang dasar tak sedorr diri tahap kritikal...ciss...
ape lagi nak panggil..AWEK TUDUNG...perempuan baik2..??tak semua...
sebab ade yang kate, pakai tudung nak tutup LOVE BITES..apekehe???


come on ladies, TUTUP AURAT ADELAH WAJIB..BUKAN TUTUP RAMBUT...
rambut adelah aurat, tapi aurat bukan rambut sahaja...


*korang pernah lihat atau terpakai lah senang kate, BAJU TANPA LENGAN tapi lilit tudung atos kpale??
bohong la tak pernah tengok kan..BERLAMBAK JEK KAT PASAR2 MALAM..
kalau tangan putih bersih licin mulus plus suci tak pe, nie ade yang berkudis..ade gak berbulu tebal.. ??


*anda2 pernah tengok tak perempuan2 pakai tudung nampak leher?? aku pernah oo..dye duk pakai ntah macam mane ntah, terkeluaq leher dia..mungkin sanggul belakang tinggi sangat sampai tak cukup kain untuk tampung keluasan tanah..manekan tidak, sanggul palsu jek dah tutup pandangan depan aku..ciss...
dapat  leher yang suci gebu, seronoklah buaya2 lihat..wink2 juling2 mate mereko..


*pernah nampak tak wanita2 muslimah berjilbab, tapi pakai baju ketat tahan napas???
kalau cakap tak pernah nampak, memang korang duduk bawah tempurung teman katak la..
merata je, carik kat google jek dah bley lihat..BERLAMBAK..sangat...keketatan baju adelah berbaiz adik2 dan dipakai dengan memaksa badan untuk mengecut sikit..kasik tayang itu buah dada..kasi tayang jugak itu bentuk badan yang fuhhyoohh..jangan hairan lah knapa banyak kes rogol, kalau dah pakai baju macam tak pkai jek, takkan laki yang bernafsu tinggi nak duk diam je,,ye dakk??
kalaupon lelaki2 tu tak rogol, tapi nafsu mereka tetap terangkat disebabkan perempuan jenis ketat2 nie, so dosa tangung bahagi same2 lah kan..sebab tu ramai dak laki marah kenapa girl2 skrang pakai legging, ade maksud tersirat rupenye..tolong rakan2, JANGAN SEKSA BATIN MEREKA...haha


*golongan nie paling banyak aku rase..golongan wanita2 anggun muslimah, bertudung litup, baju ketat baju longgar , masing2 berjemaah buat perkara yang satu nie..dapat agak tak anggota mana yang bnyak muslimah2 kini abaikan??biar aku bagitau bagi yang kureng tau..anggota yang senang mereka dedahkan adelah KAKI..
tu haa yang terjegul kat bawah tu, kaki..kaki adelah aurat kita wahai wanita..yang bukan aurat hanya muka dan tapak tangan..so, kita diwajebkan pakai stokin ataupun kasut yang menutup kaki seperti SNICKERS dan KEROKSS..english education..haha..kalau berani, pakailah baju kurung pink plus snickers biru gelap, gempak beb...haha...buat lah macam mane, asalkan tutup kaki kita..ok??


AKU BUKAN APE, KALAU TAK DITEGUR, DOSA AKU DAPAT GAK..
AKU PON BUKAN BAIK SANGAT..AKU BELAJAR DARI KESILAPAN..
EHH BUKAN, AKU BELAJAR DARI TEGURAN..PADAHAL DULU TAU JEK HUKUM2 NIE,
TAPI SYAITON NI ROJIM NIE GODA GAK AKU LILIT SHAWL PENDEK NAMPAK DADA..
MAKA TERSEBUTLAH KISAH SATU HARI AKU DITEGUR OLEH SESEORANG NIE,
DUK KATA BAJU AKU KETAT, RASE NAK CIUM2 JEK..TAK KE TERGAMAM AKU DISITU??
HEYYA, RASA SANGAT2 BERSALAH DISITU, RASA HINA SANGAT SEBAB AKU TERGODA DIA DENGAN CARA PAKAIAN AKU..SUMPAHH TAK NAK BUAT LAGI..SO SEKARANG NIE,
AKU NAK BUNGKUS SEMUA BAJU YANG KETAT2 PLUS BELT2 DAN JEANS2 KETAT MASUK DALAM KOTAK, BERHARAP DAPAT PAKAI DEPAN LAKI AKU JEK NANTI..HAHAHA...


marilah kawan2, kite ubah diri..kalau kita ubah cara kita, dosa2 lelaki jugak akan terbendung..
jangan kacau gejolak perasaan mereka..jangan tayang benda hak milik kita depan mereka..takut mereka tak mampu menahan nafsu..serius aku cakap, aku bukan nak berkata lucah ngan korang..tapi kene cakap stret, takut ade yang duk buat2 tak paham kann...LELAKI BLEY BERDARAH HIDUNG TENGOK ASET KORANG YANG BESAR TU..sebab mak aku cakap, lelaki ade sesuatu yang bley terangsang...
ANU DALAM BOTOL..hahaha...nak tergelak time taip nie, jangan ade yang terangsang sudehh...


kawan2, nak bergaya boleh..tapi biar kena pada hukum nya...kalau tak mampu bertudung labuh sepertu ustazah2 sekolah agama pondok, penjangkan je tudung yang kita pakai selalu untuk menutup dada.. 
kalau tak mampu pakai jubah, cukuplah pakai pakaian yang longgar2....contohnya menukar jeans kepada skirt labuh atau seluar harem pants..jangan pakai legging...jangan, klau buat lagi memang tempah tiket seksaan berat la..

ape yang aku tegur nie ade hikmah nye..dan sape2 yang berubah selepas baca nie, alhamdulillah la..
tapi bagi yang tetap degil, astaghfirullah la...semua terpulang pada ALLAH, sama ade mngampuni kita
atau tidak.. kat sini aku nak selitkan beberapa hadis yang berkaitan isu nie, moga dapat dijadikan
pengajaran untuk kita semua..

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.


Nabi Muhammad bersabda :

Ertinya : “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)


"Katakanlah kepada wanita yang beriman:

"Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kemaluannya, dan janganlah

mereka menampakkan perhiasannya,kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudungke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,
kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudaralaki-laki mereka, atau putera-putera saudara
laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak
yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)
atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah
kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".
Surah An.Nuur (31)

kesimpulannya, meninggalkan sedikit hal tentang aurat sudah bley dianggap anda berbogel di depan khalayak..
jadi, jom kite berubah..jom!!yaayyy!!

banyak manfaat kite lebih menitik beratkan aurat nie..moga kita terhindar dari sebarang dosa..aminn.. :)
sekian dari cek abil CUMA...

p/s :   *jangan pakai seksi2 dalam rumah, abang2, ayah dan adik adelah lelaki..
         *patut ramai lelaki hentam perempuan2 pakai legging..paham2 je lah kan..haha
          so renung2kan dan selamat beramal.. :)





assalamualaikum...

Tuesday, April 5, 2011

dulu seorang, sekarang berdua...

ahoiiippp....
kalau dah mato bertontang mato...
hati didalam bagoi nok gilor....
heiiiii......

harini aku hepi gilee..
sebab aku buat title tak dok kne mgena ngan entry...
ciss...kan???
hahaha....saje carik trafik..boleyy...bley blah...

sebenarnye nak ceciter ngan sumer...
cehh, bukan nak riak tau..nak kongsi2 jek..
ade paham...
jangan risau, entry nie tak berbaur PENGGODAAN...
cuma KETERMENGADAAN....

aku juz nak citer, aku dah dapet spek mate baru heyy...
heyy he ya hayyy, mari kita gembira...ho ho ora ...blalala

kan dulu aku penah ceciter kat entry nie yang aku nak sangat spek mate baru..
manekan tidak, klau aku jalan2 pegi memane, aku hanya nampak TUBUH BADAN..
MUKE TANPA HIDUNG MATA DAN MULUT..
tak ke haru kalau yang hensem aku kate hodoh sikit...
yang hodoh aku kate ensem gile..
lagi gile kalau aku cakap perempuan padahal laki..
aiyomakk....

alhamdulillah lah skarang dah bley nampak wajah2 suci remaja duk lepak
kat shuping kumpeliks muar bernama WETEX PARADE yang super hott..
dah boley cam muke..hahaha....klau sblum nie, muke sume same..PLAIN...
nyiahahaha....

memilih FOCUS POINT sebagai tempat optikal terpilih,
satu bentuk cermin mato telah selamat ditempahh...
ditempah dengan kadar URGENT okeyy...
sebab aku dah kene marah..
nyaris2 masuk wad sebab tak pakai cermin mata...
dah terhantuk baru nak terngada-ngada...
hahah rosak bahasa aku..

alhamdulillah nyawa masih panjang..
masih sempat kahwin mungkin...(mood menggatal)

naseb baik ALLAH tak tarik lagi nikmat mata..
masih sempat tengok sang lelaki dok berjabat tangan tuk kadi...
nyiahaha sekali lagi..

mule2 aku konfius gile nak pilih design mane..
yang level murah2 jek aku tengok..
nak tengok yang converse or bonia takut berdarah plak idung..
tengok punye survey, aku shortlistkan kpada dua choices..
satu half frame..satu full frame ala2 oldskool sikit..
last2 aku decide amik yang old school skit tu..
sebab aku takut klau aku pakai half frame nnty comel sangat...
takut gak klau ade orang konpius aku nie anak dara ke mak dara...ngahaha
macam pengetua2 pon ado jugek..CISS!!!!
 ''UMUR AKU 18 HOKEYY....jangan dok ngade2 kate aku nie menantu EMAK AKU!!!''

hangin gak kadang2...
ape nak buat..
dah nampak matang sangat mungkin..hahaha...
takpe2...yang penting IC aku masih gambar tyme darjah enam..
yang duk pakai tudung senget benget...
muke malu2 nak senyum.alahaiii...
macam mintak cubitan manje je..haha

so skrang nie mate dah terang..alhamdulillah...
dunia kini ceria melihat riak2 wajah sekeliling yang kadang2 sweet gile, kadang2 annoying gile..
kalau nak kate aku cam makcik2 pon ade aku kesah...
ko kena cekal nabila..yehhh..

jadi mari aku pertontonlan cermin mate tu..
sape yang rase nak termenyampah, sile klik butang pangkah kat atas k...
cisss...aku cakap awal2 nie...


sebelummm.. makcik2

selepas...makcik2 jugakk..


p/s : sape2 yang terasa rabun sile buat cermin mate dengan cepatt..sebelum anda masuk wad dengan tahap yang kritis sambil menangis melihat jarum besar duk cucuk tang tangan anda...silekan.. :)

sekian dari abil cuma..assalamualaikum...

Friday, April 1, 2011

PAVO!!


CH613
CHOCOLATE VANILLA PAVO
9 INCH/SET
RM40


CH345
STRAWBERRY PAVO
9 INCH/SET
RM 40


CH655
CHOCOLATE PAVO
9 INCH/SET
RM40






THERE ALSO ANOTHER FLAVOURS
*VANILLA
*BLUEBERRY
*ORANGE
*EPAL

P/S: U CAN MIX THE FLAVOURS..:)