''hidup tu sebijik macam MULUT..bila orang tu RAJIN gosok gigi, so mulut dia wangi..kalau PEMALAS, busuk la..takkan wangi kott...''

Iblis: aku merasa hairan dengan manusia, mereka mencintai Allah tetapi mereka melakukan maksiat kepadaNya. Mereka membenciku, tetapi mereka menurutiku

“Don't cry because it's over, smile because it happened.”

“You only live once, but if you do it right, once is enough.”

“Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend.”

"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

Friday, April 8, 2011

-BERITAHU PADA MUSLIMAH-



Beritahu pada muslimah itu 
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris, 
dihantuk serpih, 
dihempap berkecai. 

Beritahu pada muslimah itu 
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula, 
cakap sombong mengundang lawan, 
hati-hati meluah kata, 
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa. 

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku; 
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu, 
sesekali tersilap langkah, 
akan dihukum selamanya, 
keturunan dicerca payah, 
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu 
jaga pakaian;
ia cermin peribadi, 
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun, 
biar orang kenal...Dia orang ISLAM. 

Beritahu pada muslimah itu 
simpan secebis malu; 
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...

"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan"

Thursday, April 7, 2011

TYPES OF MATERIAL

HOT LACEY MALEY
TP970


HIGH QUALITY CHIFFON
TP145



HIGH QUALITY LYCRA
TP435



HIGH QUALITY SATINNE
TP965



HQ ENGLISH COTTON
TP589



DENIME
TP839



FLOWY YOYO
TP688



                                       



tangan bau ikan, mulut bau LONGKANG...

assalamualaikum para penggemar belog abil sekalian..
perghh ayat blagak cam folower beriban...haha
ouhh pelishhh...

okay today's lesson is about mulut longkang..
you know what is mulot longkang??
mulut longkang nie aku kategorikan sebagai mulut jahat..
busuk dengan kata2 kesat...keje nye asik kluarkan nada2 mencarut tahap berat...

yang aku nak sentuh kat sini,
''tangan bau ikan, mulut bau longkang..''
''pergi dapor siang ikan, mulut mencarut2..''
SPECIALL UNTUK KAUM HAWA..

paham2 la, kaum hawa kini banyak buat kesilapan...
kaum adam pon banyak jugak, tapi kelihatan buruk benar
bile perempuan yang buat kesilapan tu..
paham kan??

wahai wanita2 UMNO, PAS, PKR dan sebagainya,
mulut kita cantik kan??bibir kita menawan kan??
tapi kenapa ade segelintir kawan2 kita suke benar mencarut2...
kalau stakat 'sengal' 'bengong' bley consider lgi...
ni sampai tahap kritikal cair taik telinga orang mendengar..

*WHAT THE FU*K...
*B*D0HH!! ...
*B*BI !!
*PU*D*K !!
*PUK*MA*!!

dll

AISEHH, aku taip pon berdesing telinga...
ape prasaan mencarut2 ekk??
nikmat kahh?? ...
ouh pehlishh la, pakai dah cantik2...
tudung dah labuh tutup dada, tapi mulut kurengg!!

wanita itu dilahirkan sinonim dengan sikap lemah lembut, sopan budi bicara,
bukan menggoda okayyy...jangan liuk lentuk suare ala2 miss mak nyah pulekk...
meremang pulak bulu roma lelaki dengar, tak pasal2 bernanah telinga...haha
so, bercakaplah elok2..kan suwiitt...

aku tak dpat byangkan macam mane perempuan suke mencarut marah2 selepas kahwin..
''kenapa buat sepah nie, abang nie BAB* lahh!! "  ????   kann, kne sebijik...haha
 naya lelaki dye..parah2..

so ape lagi girls yang terbabit tu, meh kite ubah diri kite pelan2...
tukar lah nickname mncarut tu kpada yg lbih elok sikit...
WHAT THE FISH ke..BERTUAH ke..kan kiutt sikit tu..maksud pon tak lucah..

kadang2 anggota kemaluan jugak yg dicanang2 sebagai bahasa mulut,
malu aku dengar.. ape reaksi mak bapak kita kalau dengar kita mencarutt?..
mungkin mereka akan rasa mereka gagal mendidik anak dengan baik...
plis letak diri anda di tempat mereka..hancur hati mereka..kuciwa2...

tolong jangan timbulkan isu diskriminasi pasal nie..
dok bergaduh kenapa lelaki marah perempuan mencarut, sedangkan mereka sendiri
mencarut.. bagi aku, lelaki punya hak untuk menegur, mereka ketua kita kawan2..
ape yang mereka tegur tu ade hikmah dan kebaikannya..
jangan timbulkan isu hak sama rata antara lelaki dan perempuan..
Tuhan ciptakan hidup untuk ADAM dan HAWA hanya sebagai peneman...
mereka adelah hero, tapi kita bukan heroin..
paham2kan lah...
jangan kite yang watak sampingan nie megah diri nak jadi hero..
ALLAH sudah tetapkan sejak azali lagi...

kita punya hati lembut wahai wanita...
hati kita tak sekeras hati lelaki, hati kita mudah dilentur..
jadi, kita ambillah pengajaran dengan hati yang terbuka..
jangan tegas2 nak tegakkan pendirian yang salah tu..jangan ego..
jadilah muslimah yang baik untuk muslimin...

ALLAH  tidak suka kita bercakap buruk dan keji..

- "Diriwayatkan bahawa orang yang keji percakapannya dan suka menyebarkan kekejian akan didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk anjing atau dalam usus anjing".



"Syurga adalah haram dimasuki oleh orang yang keji percakapannya" (Ibnu Abi al-Dunya dan Abu Naim); 


 "Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata yang keji, kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian" (al-Hakim dan Ibnu Hibban);


- Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau dia diam.” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

kesimpulannya LELAKI atau PEREMPUAN mesti menjaga percakapan...sebab ALLAH menjanjikan balsan yang baik kepada orang yang mengerjakan suruhanNYA...

sile lihat bagaimana budak sekecil ini berkata2 kesat..
kalau akulah mak dye, aku menagis tengok akhlak dia..
ambil sebagai pengajaran, bukan untuk mengaibkan..


lihat juga video harapan kaum adam kepada hawa...
suwiiitt...sangat...hehe



sekian dari abill...selamat beramal...

peace no war...  yayy

Wednesday, April 6, 2011

jangan telanjang di merata-rata...

assalamualaikum hangpa2 sekalian...
huyoo ngantok sehh...
laporr plak tuh..baru bangun tidoq, terus terniat nak post satu entry..
sudah menjadi kebiasaan post entry kat tyme2 banyak syaiton ni rojim nie..nyiahaha


entry ini hanya sesuai untuk kaum wanita..
yang lelaki tak payoh baco pon tak ngapo..baca pon elok..
yang ANU DALAM BOTOL aku rasa lagi patott baco..hahaha


okayy kite masuk fasa SERIUS dan STRET TO DE POINT!


berhijab...bertudung litup, bukan sperti mak2 datin tua tak sedor diri yang pakai tudung jambul terlepas dari kawasan tu okeh..tu memang dasar tak sedorr diri tahap kritikal...ciss...
ape lagi nak panggil..AWEK TUDUNG...perempuan baik2..??tak semua...
sebab ade yang kate, pakai tudung nak tutup LOVE BITES..apekehe???


come on ladies, TUTUP AURAT ADELAH WAJIB..BUKAN TUTUP RAMBUT...
rambut adelah aurat, tapi aurat bukan rambut sahaja...


*korang pernah lihat atau terpakai lah senang kate, BAJU TANPA LENGAN tapi lilit tudung atos kpale??
bohong la tak pernah tengok kan..BERLAMBAK JEK KAT PASAR2 MALAM..
kalau tangan putih bersih licin mulus plus suci tak pe, nie ade yang berkudis..ade gak berbulu tebal.. ??


*anda2 pernah tengok tak perempuan2 pakai tudung nampak leher?? aku pernah oo..dye duk pakai ntah macam mane ntah, terkeluaq leher dia..mungkin sanggul belakang tinggi sangat sampai tak cukup kain untuk tampung keluasan tanah..manekan tidak, sanggul palsu jek dah tutup pandangan depan aku..ciss...
dapat  leher yang suci gebu, seronoklah buaya2 lihat..wink2 juling2 mate mereko..


*pernah nampak tak wanita2 muslimah berjilbab, tapi pakai baju ketat tahan napas???
kalau cakap tak pernah nampak, memang korang duduk bawah tempurung teman katak la..
merata je, carik kat google jek dah bley lihat..BERLAMBAK..sangat...keketatan baju adelah berbaiz adik2 dan dipakai dengan memaksa badan untuk mengecut sikit..kasik tayang itu buah dada..kasi tayang jugak itu bentuk badan yang fuhhyoohh..jangan hairan lah knapa banyak kes rogol, kalau dah pakai baju macam tak pkai jek, takkan laki yang bernafsu tinggi nak duk diam je,,ye dakk??
kalaupon lelaki2 tu tak rogol, tapi nafsu mereka tetap terangkat disebabkan perempuan jenis ketat2 nie, so dosa tangung bahagi same2 lah kan..sebab tu ramai dak laki marah kenapa girl2 skrang pakai legging, ade maksud tersirat rupenye..tolong rakan2, JANGAN SEKSA BATIN MEREKA...haha


*golongan nie paling banyak aku rase..golongan wanita2 anggun muslimah, bertudung litup, baju ketat baju longgar , masing2 berjemaah buat perkara yang satu nie..dapat agak tak anggota mana yang bnyak muslimah2 kini abaikan??biar aku bagitau bagi yang kureng tau..anggota yang senang mereka dedahkan adelah KAKI..
tu haa yang terjegul kat bawah tu, kaki..kaki adelah aurat kita wahai wanita..yang bukan aurat hanya muka dan tapak tangan..so, kita diwajebkan pakai stokin ataupun kasut yang menutup kaki seperti SNICKERS dan KEROKSS..english education..haha..kalau berani, pakailah baju kurung pink plus snickers biru gelap, gempak beb...haha...buat lah macam mane, asalkan tutup kaki kita..ok??


AKU BUKAN APE, KALAU TAK DITEGUR, DOSA AKU DAPAT GAK..
AKU PON BUKAN BAIK SANGAT..AKU BELAJAR DARI KESILAPAN..
EHH BUKAN, AKU BELAJAR DARI TEGURAN..PADAHAL DULU TAU JEK HUKUM2 NIE,
TAPI SYAITON NI ROJIM NIE GODA GAK AKU LILIT SHAWL PENDEK NAMPAK DADA..
MAKA TERSEBUTLAH KISAH SATU HARI AKU DITEGUR OLEH SESEORANG NIE,
DUK KATA BAJU AKU KETAT, RASE NAK CIUM2 JEK..TAK KE TERGAMAM AKU DISITU??
HEYYA, RASA SANGAT2 BERSALAH DISITU, RASA HINA SANGAT SEBAB AKU TERGODA DIA DENGAN CARA PAKAIAN AKU..SUMPAHH TAK NAK BUAT LAGI..SO SEKARANG NIE,
AKU NAK BUNGKUS SEMUA BAJU YANG KETAT2 PLUS BELT2 DAN JEANS2 KETAT MASUK DALAM KOTAK, BERHARAP DAPAT PAKAI DEPAN LAKI AKU JEK NANTI..HAHAHA...


marilah kawan2, kite ubah diri..kalau kita ubah cara kita, dosa2 lelaki jugak akan terbendung..
jangan kacau gejolak perasaan mereka..jangan tayang benda hak milik kita depan mereka..takut mereka tak mampu menahan nafsu..serius aku cakap, aku bukan nak berkata lucah ngan korang..tapi kene cakap stret, takut ade yang duk buat2 tak paham kann...LELAKI BLEY BERDARAH HIDUNG TENGOK ASET KORANG YANG BESAR TU..sebab mak aku cakap, lelaki ade sesuatu yang bley terangsang...
ANU DALAM BOTOL..hahaha...nak tergelak time taip nie, jangan ade yang terangsang sudehh...


kawan2, nak bergaya boleh..tapi biar kena pada hukum nya...kalau tak mampu bertudung labuh sepertu ustazah2 sekolah agama pondok, penjangkan je tudung yang kita pakai selalu untuk menutup dada.. 
kalau tak mampu pakai jubah, cukuplah pakai pakaian yang longgar2....contohnya menukar jeans kepada skirt labuh atau seluar harem pants..jangan pakai legging...jangan, klau buat lagi memang tempah tiket seksaan berat la..

ape yang aku tegur nie ade hikmah nye..dan sape2 yang berubah selepas baca nie, alhamdulillah la..
tapi bagi yang tetap degil, astaghfirullah la...semua terpulang pada ALLAH, sama ade mngampuni kita
atau tidak.. kat sini aku nak selitkan beberapa hadis yang berkaitan isu nie, moga dapat dijadikan
pengajaran untuk kita semua..

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.


Nabi Muhammad bersabda :

Ertinya : “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)


"Katakanlah kepada wanita yang beriman:

"Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kemaluannya, dan janganlah

mereka menampakkan perhiasannya,kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudungke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,
kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudaralaki-laki mereka, atau putera-putera saudara
laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak
yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)
atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah
kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".
Surah An.Nuur (31)

kesimpulannya, meninggalkan sedikit hal tentang aurat sudah bley dianggap anda berbogel di depan khalayak..
jadi, jom kite berubah..jom!!yaayyy!!

banyak manfaat kite lebih menitik beratkan aurat nie..moga kita terhindar dari sebarang dosa..aminn.. :)
sekian dari cek abil CUMA...

p/s :   *jangan pakai seksi2 dalam rumah, abang2, ayah dan adik adelah lelaki..
         *patut ramai lelaki hentam perempuan2 pakai legging..paham2 je lah kan..haha
          so renung2kan dan selamat beramal.. :)





assalamualaikum...

Tuesday, April 5, 2011

dulu seorang, sekarang berdua...

ahoiiippp....
kalau dah mato bertontang mato...
hati didalam bagoi nok gilor....
heiiiii......

harini aku hepi gilee..
sebab aku buat title tak dok kne mgena ngan entry...
ciss...kan???
hahaha....saje carik trafik..boleyy...bley blah...

sebenarnye nak ceciter ngan sumer...
cehh, bukan nak riak tau..nak kongsi2 jek..
ade paham...
jangan risau, entry nie tak berbaur PENGGODAAN...
cuma KETERMENGADAAN....

aku juz nak citer, aku dah dapet spek mate baru heyy...
heyy he ya hayyy, mari kita gembira...ho ho ora ...blalala

kan dulu aku penah ceciter kat entry nie yang aku nak sangat spek mate baru..
manekan tidak, klau aku jalan2 pegi memane, aku hanya nampak TUBUH BADAN..
MUKE TANPA HIDUNG MATA DAN MULUT..
tak ke haru kalau yang hensem aku kate hodoh sikit...
yang hodoh aku kate ensem gile..
lagi gile kalau aku cakap perempuan padahal laki..
aiyomakk....

alhamdulillah lah skarang dah bley nampak wajah2 suci remaja duk lepak
kat shuping kumpeliks muar bernama WETEX PARADE yang super hott..
dah boley cam muke..hahaha....klau sblum nie, muke sume same..PLAIN...
nyiahahaha....

memilih FOCUS POINT sebagai tempat optikal terpilih,
satu bentuk cermin mato telah selamat ditempahh...
ditempah dengan kadar URGENT okeyy...
sebab aku dah kene marah..
nyaris2 masuk wad sebab tak pakai cermin mata...
dah terhantuk baru nak terngada-ngada...
hahah rosak bahasa aku..

alhamdulillah nyawa masih panjang..
masih sempat kahwin mungkin...(mood menggatal)

naseb baik ALLAH tak tarik lagi nikmat mata..
masih sempat tengok sang lelaki dok berjabat tangan tuk kadi...
nyiahaha sekali lagi..

mule2 aku konfius gile nak pilih design mane..
yang level murah2 jek aku tengok..
nak tengok yang converse or bonia takut berdarah plak idung..
tengok punye survey, aku shortlistkan kpada dua choices..
satu half frame..satu full frame ala2 oldskool sikit..
last2 aku decide amik yang old school skit tu..
sebab aku takut klau aku pakai half frame nnty comel sangat...
takut gak klau ade orang konpius aku nie anak dara ke mak dara...ngahaha
macam pengetua2 pon ado jugek..CISS!!!!
 ''UMUR AKU 18 HOKEYY....jangan dok ngade2 kate aku nie menantu EMAK AKU!!!''

hangin gak kadang2...
ape nak buat..
dah nampak matang sangat mungkin..hahaha...
takpe2...yang penting IC aku masih gambar tyme darjah enam..
yang duk pakai tudung senget benget...
muke malu2 nak senyum.alahaiii...
macam mintak cubitan manje je..haha

so skrang nie mate dah terang..alhamdulillah...
dunia kini ceria melihat riak2 wajah sekeliling yang kadang2 sweet gile, kadang2 annoying gile..
kalau nak kate aku cam makcik2 pon ade aku kesah...
ko kena cekal nabila..yehhh..

jadi mari aku pertontonlan cermin mate tu..
sape yang rase nak termenyampah, sile klik butang pangkah kat atas k...
cisss...aku cakap awal2 nie...


sebelummm.. makcik2

selepas...makcik2 jugakk..


p/s : sape2 yang terasa rabun sile buat cermin mate dengan cepatt..sebelum anda masuk wad dengan tahap yang kritis sambil menangis melihat jarum besar duk cucuk tang tangan anda...silekan.. :)

sekian dari abil cuma..assalamualaikum...

Friday, April 1, 2011

PAVO!!


CH613
CHOCOLATE VANILLA PAVO
9 INCH/SET
RM40


CH345
STRAWBERRY PAVO
9 INCH/SET
RM 40


CH655
CHOCOLATE PAVO
9 INCH/SET
RM40






THERE ALSO ANOTHER FLAVOURS
*VANILLA
*BLUEBERRY
*ORANGE
*EPAL

P/S: U CAN MIX THE FLAVOURS..:)

Monday, March 28, 2011

pantun buat wanita... wohaa

assalamualaikum..harini cik abil nak 
kongsi2 pantun..sape2 brani jawab, sile jawab..
akan ku balas nanti..haha


Baju nipis nampak bayang

Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang



Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat



Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis



Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong



Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah



Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah



Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung



Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung



Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan



Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan



Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat







pantun..cedit to  Marouane Chamakh

meh kite jadikan pedoman k para ladies...
nak masyuk syurga kan??meh2.. :)

Saturday, March 26, 2011

kampong aku smbut earth hour lebih awal..

assalamualaikum..
hai hui hoii korang...
cam mane earth hour malam tadi??
buat ke dak??ngahahaha


bercerita tentang EARTH HOUR nie, hatiku panas...


mane tak panas nye, belum pukol 8 pon,
umah aku dah gelap macam hape..dinding putih pon aku tak nmpak..
dahlah, bekalan lilin ade 3 batang jek..aiyoo..


punce lektrik terputus pade jam 6++..
wohaa, bersauna dalam rumah...
kehulu kehilir secara slow motion..
langgar sana..langgar sini...
sumpah tak nmpak sangat..
umah aku tak bnyak tingkap, so even siang pon, cahaye tak masuk..
ko bayangkan, pukol enam lebih dah macam malam kat hutan...


so, ape lagi..aktiviti yang dilakukan tyme gelap ialah menyuluh dinding menggunakan fon..
CARIK CICAK..aku nak jentik hidup2..ngahaha...
aku nak bunuh sebelum mereka berak atas aku time gelap tuh..
tau2 je lah, orang sekarang nie suke amik kesempatan..
cicak pon taknaklah ketinggalan..ye dakk..
cicak, kalau berak kering2 tak pe gak..
nie tyme basah2 tuh la nak tertempek kat hidung aku..
dahlah hidung pon basah, ditambah lagi ngan kebasahan dan kemoistan najis terbabit..
arghh..bley jadi gile kauuww....


setelah hampir pukol 9..lektrik masih takde..arghh nie tak ley jadik..
akak ajak pergi giant, tengok lampu kat sane..
sesungguhnye kami rindu lampu dan air cond..
hahaha...maka pergilah kami melepaskan karbon monoksida ke udara malam tu..
berbekalkan exzos kelisa yang comel lote tuh, maka jumlah karbon monoksida 
tak sebanyak lori2 dihadapan kami..
nak naik bas, bas tak de plak malam2 gini..
sokong earth hour bersama isteri barangkali..nyiahaha


yang aku pelik nye, tyme kluar jalan kampong tu,
terang benderang..lampu jalan memancar penglihatan mata kami..
ciss, hanya kampong aku yang blackout rupenye..
hanya kampung aku yang prihatin tentang earth hour..
hanya kami yang berkorban...klau ade yang termeninggal langgar bucu meja
,moga2 syahid..aminn..
hidup kampung AKU..HIDUP!!


wahahaha..
ape ape pon..
chill la..stakat 4 jam takde letrik pon nak kecohh ann...
tuh belum lagi ALLAH tarik penglihatan mata..
belum lagi ALLAH tarik jugak cahaya didunia..
bersyukurlah kite seadanya...amin..


YA ALLAH, JADIKANLAH KAMI SERTA ZURIAT2 KAMI ORANG YANG MENDIRIKAN SOLAT. HAMBAMU YANG SENTIASA MENSYUKURI DAN SENTIASA MEMPERBAIKI IBADAH2 KAMI..AMPUNKAN KAMI YA ALLAH..BANTULAH KAMI MENGINGATIMU SENTIASA..AMIN YA RABBAL ALAMIN...


sekian..abil cuma.. peace yoo..

Friday, March 25, 2011

biar tak pandai asalkan BIJAK..

assalamualaikum..
haii kawan2..!  (gaye yus raje lawok)


hai kawan2 yang stret A..tahniah
hai kawan2 yang banyak A..gud job
hai kawan2 yang ade A.. ( kite senasib k..even tak excell, kite bley cube dilain hari kan?? ;) )
hai kawan2 yang belum dpat A..( rzeki anda bukan di spm, mungkin dilain hari.amin.. :) )


ape pun result SPM kite, kite takley bangga sangat..
kite pon jangan sedih sangat..
kite ade ALLAH..ALLAH sayang kite kalau kite sayang DIA..
ALLAH akan bantu kite dilain hari..kite redha je ok..
yang penting kite dah usaha semampu yang mungkin..


ade A ke, takde A ke..kite redha jek..
yang penting lepas nie kite pulun habis2..
macam ulang ayat entry before dis jek..haha




abang aku penah cakap..
biar ko tak pandai, asal ko BIJAK..
(aku terdiam..begitu tak pandai kah aku dimata abang aku??)


aku cube fikir ape maksud abang aku..
fikir punye fikir, aku dapat bayangkan ape yg dia cakap tu..
tapi tak tau la betul ke tak ape yg aku bayang kan tu selari ngan maksud abang aku..


ape yang aku paham, biar tak pandai..asal pandai carik peluang..
biar result tak excell, asal pandai kipas org..
ehh betul ke?? betul kott..haha
biar tak bagus result, asal sedar kesilapan lalu..
biar tak pandai, asal nanti jadik org hebat..
biar tak pndai, asal ko pandai jaga diri..
biar tak pandai, asal nanti ko jadi OKB..ORANG KAYA BARU..nyiahaha
biar tak pandai, asal ko bnyak pengalaman berguna..
betul ke korang??haha


hello nabila, cube ko tengok orang2 kaye kat mesia nie..
yang dapat pangkat datuk2 seri segala..
datuk T la, datuk S la..
kebanyakan mereka bermula dari bawah..
SPM tak kemane sangat pon..
tapi dorang BIJAK..
akal dorang TERBAEK wokk..
tapi ko agak2 sikit, jangan main kotor2 sudeh..
rasuah sane, rasuah sini...
kene tahan polis..lesen takde, selit duit bawah IC..
dapat yang bagus2 nahas lah kena tahan,
tapi klau dapat yang buncit2 duit haram, lepas lah..
dari 300 hinggit, bley jalan hanye dgan not 50..
koman2, lepas sehari makan anak bini..ye dak??


tolong lah..haram is haram k..
tapi permasalahannye, orang2 kite kebanyakannya tak nampak ape tu HARAM..
nampak semua suci bersih lagi HALAL..
makan sushi sedap2 pon tak kesah bende tu ade letak arak ke tak..
pegi minum kapucinorr pon tak kesah klau ade gelatine babi dalam tu ke tak..
ape yang penting??kesedapan dan keenakan sehingga menjilat jari..
siap ade yang kate..''haram ke?? takde rase BABI pon..''
hello cik akak cik abang, penah rase BABI ke??
aku meluat tengok org begini..
macam BABI tu makanan rutin harian dye jek..


tengok tu, kan dah melalut sampai bende lain..
back to de main subject..
bijak is tahu ambil peluang..
bijak juga is something like work smart..
bisness jamu secare kecil kecilan..
sehingga meletopp keseluruh negara..
jamu mak dara..zulkipli..kacip timah..
sehingga student mesia yg further study pon bwak promote kat jepon..
hebat kan..income masuk bulan2 cecah puluhan ribu..
tak ke berkepok2 duit di bank nnty??
tak ke gemok anak2 kite makan..
tak ke jiran2 terhindar dari kemsikinan( kalau ko dermawan la kan )..


situasi orang pandai2 plak..dapat result gempak kebabom..
mahu dipalu kompang satu kampong..
mereka diburu syarikat2 untuk perkhidmatan mereka lepas graduate..
mereka ditawar macam2 biasiswa..
MARA..JPA..SIME DARBY..cakap je..senang je ley approve..
blaja kuat2, syarikat penaja datang bawak balik..
maka bekerjalah di bawah naungan syarikat mereka..
kumpul experience banyak2..


berbeza dengan orang kurang bernasib baik tapi bijak..
result tak gempak..
wajah sugul, nangis tiap2 malam..
mintak scholarship, takde yg respond..
masuk u, amik diploma atau matrik..
pulun habis2, dapatkan pointer hebat2...
keluar, nekad ubah nasib kluarga..
jadi cikgu..buat bisness sampingan..
bermula dua ekor jantan betina..
lembu menjadi sekandang..
dari sekandang, jadi satu ladang..
bukak lagi bisness jubah tudung online..
income masyukk, bagi mak ayah..
cakap ngan mak ayah..
''mak, ayah..maaf sebab tak mampu beri kejayaan waktu dulu..inilah yang dapat saye ganti..moga mak ayah doakan kejayaan anakmu di hari akan datang..''


berbeza kan gaji puluhan ribu dengan ribu sahaja..
bercakap tentang realiti yang banyak berlaku di mesia...


hidup itu bagaikan roda..sekejap diatas, sekejap di bwah...
adil bukan??hebat ALLAH tentukan perjalanan ni..


bijak dan pandai masing2 bley berjaya..
asal ade usaha dan doa orang tua..
asal ade matalamat mahukan hidup yang baik..


yang penting, walaupun kurang pandai, bijaklah memulakan sesuatu..
jatuh tegolek, tak semestinya mati..ok..
gud luck for my self ang peeps..


bye..assalamualaikum..
peace ya..abil banyak berbual..


mungkin akan ada yang sakit hati..
tapi ketahuilah, aku menulis untuk kembalikan semangat bagi yang kurang bernasib baik.. :)





Wednesday, March 23, 2011

PICK THE COLOR


COLORS AVAILABLE. 

Monday, March 21, 2011

DSAI kene tangkap ngan pelacur??

assalamualaikum...
heyya tengok tak berita malam tadi??
datuk T mendedahkan yang Datuk X membuat rakaman seks dengan seorang pelacur..
panazz..panaz..(ini bukan blog gossip ok)..
dah macam kes ariel peterpan pulak..


aku no komen pasal bende ni..
sebab bende ni bley diianggap FITNAH atau memang betul dye buat bnde terkutuk tu..
kite tak leh nak hentam kromo..siasat dulu..
kadang2 siasatan pon tak ley pakai..
betul tak??


POLITIK tu MEMANG KOTOR..
sebab ape kotor??sebab ahli2 mereka main kotor..


kesimpulan yang aku dapat buat mengenai kes nie,
mungkin ade orang fitnah DSAI..
mungkin betul dye tak buat..sebab gapo??
sebab benda nie..


sumber dari blog tok esah.. :D


lihat tarikh dan masa..
ala2 same ngan butiran video 17 minit pelacur tu..
adakah DSAI membuat aksi2 terlarang sambil balas2 komen di fesbuk via twitter??
mungkin..tak de ape yang mustahil..


tapi hotel tu letak CCTV kat mano??
aiseh kesian kat orang yang powi honeymoon, adakah dirakam jugak??
kalau aku disitu, adakah aku pon kene rakam??
fofular tak masai2..hahaha


tapi mungkin juga dye buat rakaman tu, tapi suro org laen online tuk dye,
macam cover2 kes la..mungkin kan??


mungkin jugak dye upah orang buat video tuh..
kenapa??sebab dye mungkin nak alihkan pandangan masyarakat tentang isu DNA liwat tu...
ye, seorang pemuda gagah perkasa telah dikatakan diliwat oleh seorang tua.. ??? mungkin..


DNA...kenapa tak bagi jek??
kan senang lepas buang air, terus bagi kat makmal DNA..
nie yang dok orang ramai tak puas hati..
kenapa DSAI begitu??


aku jawab( i try to put myself in his shoes ),
mungkin DSAI takut siasatan DNA adalah tidak telus..
kalau kluar kputusan yang tak telus itu, makanya, dia seakan mengorek liang lahad sendiri..
mungkin kan??fikir2..
DNA adelah benda sahih yang tak bley disangkal..
tapi boley diputarbelitkan..fikir2.. :)


same goes to dis sex record..
mungkin dye tak nak buat siatan polis,
kerana takut siasatan tak telus..
MUNGKIN..


secara umum nye, kesemua adalah KEMUNGKINAN...
sape yang betul dan siapa yang salah, hanya mereka yang terlibat sahaja yang tahu..
ALLAH juga MAHA TAHU..


ini adalah pemikiran tuan belog keatas kepimpinan atas..
tuan belog tak sokong sapo2..
kerana tuan belog masih ATAS PAGAR..
kerana TUAN BELOG belum cukup umor nak mgundi,,
tuan belog sedang mencari2 parti untuk disokong.. :)


ape ape pun, AKU BUKANLAH PEMBANGKANG, TAPI AKU MEMBANGKANG!!
fikirlah sendiri..


assalamualaikum..salam hormat dari abil..