''hidup tu sebijik macam MULUT..bila orang tu RAJIN gosok gigi, so mulut dia wangi..kalau PEMALAS, busuk la..takkan wangi kott...''

Friday, April 8, 2011

-BERITAHU PADA MUSLIMAH-



Beritahu pada muslimah itu 
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris, 
dihantuk serpih, 
dihempap berkecai. 

Beritahu pada muslimah itu 
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula, 
cakap sombong mengundang lawan, 
hati-hati meluah kata, 
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa. 

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku; 
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu, 
sesekali tersilap langkah, 
akan dihukum selamanya, 
keturunan dicerca payah, 
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu 
jaga pakaian;
ia cermin peribadi, 
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun, 
biar orang kenal...Dia orang ISLAM. 

Beritahu pada muslimah itu 
simpan secebis malu; 
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...

"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan"